Minggu 7-9 (16jam)
PERSPEKTIF - adalah salah satu lukisan berbentuk 3 dimensi (3D) yang mudah difahami. Lukisan perspektif merupakan suatu kaedah untuk melihat objek dalam bentuk 3 dimensi bagi memudahkan untuk memahami dan memvisualisasikan rekabentuk sesuatu bangunan.
Fungsi Lukisan Perspektif :
- Menunjukkan aktiviti dalam ruang
- Gambaran sebenar sesebuah objek
- Menunjukkan suasana ruang
Istilah-Istilah dalam Lukisan Perspektif :
Horizon Line/Garisan Horizon - Garisan medatar yang merentasi lukisan dan terletak pada paras penglihatan manusia dan di mana terletaknya titik lenyap. Perletakan garisan horizon dibawah garis tanah akan menghasilkan perspektif pandangan mata cacing, perletakan di atas garis tanah untuk memperoleh pandangan mata burung,letakkan dekat dengan garisan horizon untuk pandangan normal
Ground Line/Garisan Tanah - Landasan objek yang ingin digambarkan
Vanishing Point/Titik Lenyap - Titik pada garis horizon dimana garis-garis sejajar yang horizon bertemu. Letakkan titik-titik ini berjauhan untuk gambar perspektif jauh,letakkan titik tersebut berdekatan untuk memperoleh pandangan dekat
Picture Plane/Satah Gambar - Gambaran yang dilihat yang akan diletakkan di atas kertas
perspektif 1 titik |
perspektif 2 titik |
a) Titik Lenyap / b) Garisan Unjuran / c) Garisan Horizon / d) Titik Stesen
|
2. Mengenalpasti aras pandangan mata dalam lukisan perspektif
aras pandangan mata burung
huraian : pandangan dari bawah/kawasan rendah
kesesuaian : untuk menampakkan sisi kiri,sisi kanan dan bawah objek
aras pandangan mata manusia
huraian : pandangan biasa dari mata manusia/gambaran perspektif biasa
kesesuaian : untuk menampakkan keseluruhan bahagian kiri dan kanan objek
aras pandangan mata cacing
huraian : pandangan dari atas/kawasan tinggi
kesesuaian : untuk menampakkan sisi kiri,sisi kanan dan atas objek
3. Menghasilkan lukisan perspektif
a. perspektif ruang dalaman
aras pandangan mata manusia |
b. perspektif luaran
aras pandangan mata burung |
aras pandangan mata manusia |
aras pandangan mata cacing |
No comments:
Post a Comment